top of page

DORAYAKI

Sejarah Dorayaki

​

      Dorayaki ialah kuih yang berasal dari Jepun. Kuih ini juga termasuk ke dalam golongan kuih tradisional Jepun(wagashi) yang bentuknya bundar, sedikit tembam, terdiri daripada dua lapis kuih yang dilekatkan dengan mentega kacang merah. Dorayaki memiliki tekstur yang lembut dan menyerupai dengan kuih Jepun yang disebut Kastela kerana adunan yang mengandung madu.

        Di Malaysia, makanan ringan ini mulai diperkenalkan di bersama dengan anime Doraemon. Watak robot Doraemon mempunyai kegemaran memakan dorayaki. Dorayaki yang dijual di kedai-kedai Malaysia kebanyakannya sudah disesuaikan dengan selera tempatan seperti dorayaki berisi coklat dan kaya. Dorayaki juga dikenali dengan sebutan Obanyaki.

Di Jepun, Obanyaki lebih dikenali dengan nama Imagawayaki. Walaupun Obanyaki mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Dorayaki, kuih Obanyaki lebih tebal dibandingkan dengan Dorayaki. Obanyaki juga biasanya dipanggang di hadapan pembeli sedangkan Dorayaki sudah dipanggang sebelumnya dan dijual dalam bungkusan.

© norislamDorayaki. Proudly created with Wix.com

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • Google+ App Icon
bottom of page